Saturday, 11 July 2015

Renovate Rumah part 1

Assalamualaikum..

Jumpa lagi kita ye..aii malas betul nak menulis bulan puasa ni..saya nak cerita pasal renovation rumah ni pun ambil masa dua tiga hari..


Ok..sebelum kemalasan menjelma baik saya mula sekarang..renovation rumah saya boleh dikatakan major jugak..kat bawah ni saya senaraikan perkara yang saya buat:


1. Tambah dapur yang cenonet ( anggaran 6 kaki x 22 kaki) kat bawah nnt korang boleh tengok gambar..

2. Piping
3. Wiring baru satu rumah - maklum la rumah da dekat 20 tahun..risau apa2 jd.
4. Plaster siling satu rumah
5. Cat satu rumah
6. Buat pagar batu
7. Grilll - dapur, bilik air
8. Pasang kipas, downlight, dll.
9. Ubah bilik air dan tandas ke belakang..
10. Tile dapur, dan dua bilik tidur.

Ok mula2 saya nk cerita tentang kontraktor a.k.a tukang rumah..Saya x survey banyak pun..dalam 3 kontractor je..penat nk cari banyak2. Ok kontraktor pertama kontraktor Mělayu..yg ni saya Cr kt mudah.my.. Berdaftar dan ada company..sebuat harga yang di beri mak aii nak pitam tengok..so reject..


Kontraktor ke2 kontraktor cina. Pun dekat mudah.my..tp kontraktor ni awal2 dah buat hal..da set masa mintak datang ukur rumah tapi tiba hari yang di janji x muncul..maybe kerja saya ni kecik kot..so saya reject..


Kontraktor ke3 ni rekomen dari kawan opis..contraktor indon..harga yang di beri menepati bujet saya..so saya pikir nak amik dia ni la..kawan opis pun cakap kerja dia ni ok..oh ye..proses survey kontraktor ni saya start lepas setel tukar nama rumah..dalam bulan 12 tahun lps..lepas berunding dengan kontraktor indon tu..mintak discount..free gift semua so saya jd amik dia...tp org cakap kalu mintak harga upah sahaja dan barang kita beli sdr dpt jimat banyak tp memandangkan saya ni bz and memang xsempat la nk g beli barang sdr..so saya mintak bg quotation full je (upah + barang)...


Ingat nak start awal takut harga naik cz GST..tapi ada masalah pulak..rumah saya masa tu ada penyewa lg. Saya dah bgtau penyewa tu awal awal masa berunding dengan owner lg..masa tu bulan 9 kot..mintak dia pindah cz bulan 1 saya da nak start renovate..tapi cz rumah sewa baru susah dapat ( kata penyewa saya tu la) so kerja kerja hanya dapat di jalankan pada bulan 3. Tp nasib baik bulan 3 x kena GST lagi..klu x rabak lg poket yang da sedia rabak..hehe..


Ok la,setakat ni dulu saya cerita pasal renovation rumah ni.penat taip guna henpon ni.hehe...next entry saya cerita pasal bermulanya kerja renovation dan suka duka saya dengan kontraktor indon tu..kat bawah ni gambar ruang

sekangkang  kera yang saya akan besarkan jd dapur..


Kat sini saya jd kan bilik mandi dengan toilet

Yang ni pulak besarkan dapur sediaada

Ni la rumah asal saya sebelum di ubah suai..memang teruk penyewa ni buat..tak jaga langsung rumah...


P/s: korang kalau sewa rumah buat la macam rumah sendiri ye.hehe


Tambahan!!! 



Tips mencari kontraktor untuk renovate rumah


1) tengok hasil kerja mereka. kena rajin berjalan survey sana sini untuk tengok kualiti kerja supaya x menyesal kemudian hari..


2) Tanya bajet berapa. Kalau bajet kita ada limit, sila tanya apa yang kita boleh dapat dgn bajet tersebut.kalau boleh mintak quotation supaya senang korang buat perbandingan dengan kontraktor lain..


3) Tanya orang yang sudah bekerjasama dengan kontraktor atau orang yang kenal dengan kontraktor tersebut. apakah kontraktor boleh dipercayai??? Bagi mengelakkan kita di kapur kemudian hari.


4) tanya anggaran tempoh masa untuk menyiapkan kerja.penting untuk kita lihat kredibiliti dan komitment kontraktor.tempoh masa normal untuk kerja renovate rumah teres adalah sebulan stgh hingga dua bulan.
                                                         

9 comments:

  1. Alhamdulillah selesai sudah stage ni..next stage proses penuhkn ruang dlm uma yg mkn btahun...huhu

    ReplyDelete
  2. mana pic rumah yang dah siap puan

    ReplyDelete
  3. brpa kos buat renovate dapur aje..

    ReplyDelete
  4. Gambar terbaru rumah belum sempat nk ambik..nnt akan di ceritakan dalam entri yg akan dtg..sekarang ni mood menulis kurang..mood ketupat rendang terlebih..hehe

    Anggaran kos besarkan dapur je saya xsure lak..cz saya buat lumpsum termasuk table top..wiring..tile dapur + bilik air tandas..pindah toilet +bilik air.cat.lbh kurang 35k jgk xtermasuk gst..

    ReplyDelete
  5. Gambar terbaru rumah belum sempat nk ambik..nnt akan di ceritakan dalam entri yg akan dtg..sekarang ni mood menulis kurang..mood ketupat rendang terlebih..hehe

    Anggaran kos besarkan dapur je saya xsure lak..cz saya buat lumpsum termasuk table top..wiring..tile dapur + bilik air tandas..pindah toilet +bilik air.cat.lbh kurang 35k jgk xtermasuk gst..

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN. KAMI KONTRAKTOR RENOVATE DAN BUAT RUMAH AREA SELANGOR TERUTAMA LEMBAH KLANG. KERJA BERMUTU DAN ADA WARANTY. SILA HUBUNGI 0122528706 MAT. SEBUTHARGA/QUOTATION DAN SITE VISIT PERCUMA. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Kita juga membuat kerja kerja bina rumah, rumah tambahan, landscape, kolam hiasan, awning kayu dll berkenaan pembinaan, memberikan sebut harga secara detail tanpa hiden cost, 3D image di berikan secara percuma untuk yang betul betul berminat sila layari
    http://www.mytukang.com/2016/03/GalleryPhotoRenovation.html?m=1
    Untuk melihat kerja kerja yang sudah kita siapkan
    Kita berada di puchong bestari
    Dan boleh menghubungi kita Call/WhatsApp di talian +60 126794771-Budi
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Kita juga membuat kerja kerja bina rumah, rumah tambahan, landscape, kolam hiasan, awning kayu dll berkenaan pembinaan, memberikan sebut harga secara detail tanpa hiden cost, 3D image di berikan secara percuma untuk yang betul betul berminat sila layari
    http://www.mytukang.com/2016/03/GalleryPhotoRenovation.html?m=1
    Untuk melihat kerja kerja yang sudah kita siapkan
    Kita berada di puchong bestari
    Dan boleh menghubungi kita Call/WhatsApp di talian +60 126794771-Budi
    Terima kasih..

    ReplyDelete